Perkara asas biasanya sangat membosankan, termasuk perkara
asas dalam promosikan perniagaan di Facebook.
Ramai yang terlepas pandang, atau sengaja terlepas pandang pada perkara asas ini. Saya tak terkecuali. Memang selalu miss perkara-perkara asas ini.
Hakikatnya perkara asas ini sangat penting, kerana ia adalah foundation atau tapak untuk kita jadi
lebih berjaya dan maju dalam perniagaan kita.
Ramai yang terlepas pandang, atau sengaja terlepas pandang pada perkara asas ini. Saya tak terkecuali. Memang selalu miss perkara-perkara asas ini.
Kalau tapak kita tak kukuh, kita senang untuk jatuh satu
hari nanti. Ada baiknya kita semak semula perkara asas ini dan buat lah apa
yang patut untuk kuhkan lagi tapak perniagaan kita. Better late than never, kan?
1. Bina Facebook Page untuk perniagaan anda.
Kita sebenarnya dah melanggar peraturan Facebook kalau berniaga di
profile page. Kalau kantoi, pihak mereka berhak untuk mengantung, atau lebih
teruk lagi, menutup akaun kita. Rugi lah kalau akaun yang dah ada beribu-ribu followers dan data pelanggan
kita di tutup oleh facebook!
Kalau nak berniaga, Facebook suruh kita bukak Facebook Page yang khas untuk berniaga. Ada baiknya kita ikut saja peraturan mereka. Lagipon banyak kelebihan kalau kita berniaga menggunakan page berbanding profile.
2. Tulis dengan ringkas tapi padat dan tepat mengenai maklumat perniagaan Facebook Page anda.
Kalau tak tulis macam mana bakal pelanggan kita nak tau.
Betul tak? Kadang-kadang ada yang baca iklan yang kita buat, tapi masih
tercari-cari maklumat tambahan tentang perniagaan kita seperti alamat dan waktu
operasi perniagaan.
Cara ni jugak dapat tingkatkan kredibiliti dan kepercayaan bakal
pelanggan kepada kita. Nampak macam ahli perniagaan professional gitu. Barulah
senang hati diorang nak berurusan dengan kita.
3. Banyakkan berkongsi sebelum menjual.
Dah kalau status update Facebook Page kerap sangat menjual,
ini boleh mendatangkan perasaan meluat dan menyampah oleh audience kita. Formula yang boleh dipakai adalah dengan setiap 5
kali post bentuk perkongsian, baru masukkan 1 post berbentuk jualan. Lagipon
lebih banyak kita memberi, insyaAllah berkali-kali ganda akan kita terima. Percayalah.
4. Post iklan pada masa yang sesuai.
Ini lah salah satu kelebihan Facebook Page. Kita boleh masuk
kebahagian Insight untuk mengkaji
bila masa yang terbaik untuk post iklan kita. Pilih waktu yang paling ramai
orang online, dan untuk memudahkan
kerja, kita boleh setkan arahan untuk Facebook post secara automatik iklan kita
tu.
Kita cuma kena sediakan iklan awal-awal dan setkan tarikh
& masa untuk dipostkan. Memang terbaik. Tak payah nak tunggu depan computer
semata-mata nak tunggu waktu terbaik untuk pos iklan kita.
5. Berinteraksi dengan audience anda.
Kalau ada audience yang tinggalkan komen pada post
atau di wall page anda, luangkan sedikit masa untuk balas komen tersebut walaupon
komen diorang tu bukan untuk membeli. Ini
dapat meningkatkan reputasi dan mengambarkan yang anda bukanlah seorang yang
sombong.
Kalau anda tak sempat kerana
sibuk, plan untuk luangkan masa sejam sehari selama 1-2 hari setiap minggu,
khas untuk berinteraksi dengan aundience page anda. Kalau tak dapat nak cover
semua, sekurang-kurangnya anda tak mengabaikan audience anda 100%. Buatlah mana
yang termampu ye.
Jadi, anda dah tau 5 perkara
asas dalam pemasaran Facebook. Walaupon cuma asas dan Nampak remeh bagi
sesetengah orang, perkara ini sangat penting dalam menguatkan tapak perniagaan
anda. Selamat mencuba!
Terima kasih banyak-banyak... mudah2an tuan bertambah berjaya dalam hidup... sharing yang berguna sekali.
ReplyDelete