Monday, December 8

3 Tips Mudah Tingkatkan Jualan Di Instagram.

Instagram antara tools baru yang makin digemari oleh para peniaga online untuk memasarkan produk mereka.



Untuk menjadi penjual yang berjaya dapat jualan yang banyak di Instagram adalah dengan mempunyai followers yang ramai.

Tapi masih tak ramai yang tau cara mudah untuk naikkan follower Instagram kita. Masih ramai yang guna cara komen " Jom follow IG saya" di gambar artis-artis terkenal. Cara ini tak digemari dan boleh di anggap satu SPAM. Kalau nasib tak baik, boleh di ban oleh artis tersebut, malah mungkin boleh di ban dari Instagram terus!

Di bawah ni saya nak share cara mudah & selamat untuk anda naikkan followers Instagram anda:


1. Guna hashtag (#) yang betul.

Hashtag diwujudkan oleh pihak Instagram dengan niat untuk memudahkan pengguna cari gambar atau post yang mereka nak tengok. Kalau anda guna hashtag yang betul, peluang untuk post anda dijumpai oleh pengguna Instagram yang lain sangat tinggi. 

Salah satu cara untuk dapatkan hashtag yang sesuai adalah dengan menggunakan fungsi di web ini --> http://websta.me/

Web ini anda boleh daftar secara percuma dengan menggunakan akaun Instagram anda. Setelah anda daftar, pergi ke link "SEARCH".

Setelah itu, masukkan hashtag yang anda nak gunakan untuk menjual. Sebagai contoh, saya masukkan hashtag #sayajualjubah. Lepas tu websta.me akan menunjukkan senarai hashtag yang berkaitan dengan yang anda masukkan tadi, lengkap dengan jumlah post sekali.



Anda boleh pilih untuk menggunakan hashtag yang popular dalam post anda.


2. Post pada hari dan masa yang sesuai.

Cara ini mudah. Anda cuma perlu tahu, bila hari dan masa yang tepat yang sesuai untuk anda post di Instagram yang akan dapat bilangan view, like dan komen yang banyak. Untuk tau caranya mudah. Anda cuma perlu buat beberapa ujikaji.

Misalnya, secara logik anda dah tau waktu orang paling ramai online adalah dari pukul 8 pagi sampai 12 tengah malam. Buat beberapa post pada waktu yang anda rasakan sesuai, contohnya pada pukul 12 dan 1 petang. Postkan gambar yang baru setiap hari, pada masa yang sama. Rekodkan jumlah like dan komen yang anda dapat setiap hari. Selang 3-4 hari, ubah waktu post anda. Pantau lagi untuk 3-4 hari.

Lepas beberapa minggu, buat analisis ujikaji anda. InsyaAllah, anda akan dapat statistik yang jelas, bilakah waktu yang sesuai untuk anda post di Instagram.


3. Bertukar atau swap review dengan akaun yang ada banyak followers.

Cara ini mungkin dah ramai yang tau. Dengan cara swap review boleh meningkatkan followers anda dengan cepat. Dengan syarat, anda perlu pilih akaun yang sesuai untuk anda buat swap review.

Ada akaun yang sedia buat swap review dengan percuma. Ada pula yag berbayar. Ada juga yang akan minta contoh atau sample produk anda untuk mereka review. Terpulang pada tuan punya akaun. Sekali lagi saya tekankan, pilih akaun yang sesuai dengan target market anda, dan sesuai dengan budget pemasaran anda.


TIP EXTRA:  Dapatkan followers yang sangat targeted.

Followers yang targeted bermaksud followers yang sesuai dengan target orang yang anda sasarkan untuk membeli produk anda. Sebagai contoh, kalau anda jual tudung, peluang untuk tudung anda terjual akan jadi lebih tinggi kepada followers perempuan anda, berbanding kepada followers lelaki.

Selain jantina, followers yang targeted boleh juga di kategorikan dalam lingkungan usia (contoh: 20-30 tahun, 31-40 tahun), lokasi (contoh: Malaysia, Kuala Lumpur, Johor Bahru) dan minat (contoh: tudung, baju, aksesori).

Untuk mendapatkan followers yang targeted agak rumit. Cara ini sangat berharga bagi yang dah mengetahuinya. Tak ramai yang sudi bongkar rahsia bagaimana cara mereka dapatkan targeted followers kerana ini umpama KUNCI kepada LUBUK EMAS mereka.

Anda nak dapatkan KUNCI RAHSIA dapatkan targetted followers Instagram ini?
Dapatkan panduan anda di: http://tinyurl.com/tingkatkan-jualan-di-instagram

PS: Rahsia ini kemungkinan besar akan ditutup tak lama lagi. Ye lah, nama pon rahsia. Tak kan nak bagitau semua orang kan? Oleh itu hanya yang betul-betul serius dan bertindak pantas akan dapat tau rahsia ini.

PSS: Maaf, saya baru dapat info dari owner panduan ini, harga untuk panduan ini bakal dinaikkan pada 16/12/2014.


Terima kasih :)
Read more ...

Wednesday, November 19

PERHATIAN: Abaikan 5 asas perniagaan Facebook ini dan anda mungkin kerugian beribu ringgit!

Perkara asas biasanya sangat membosankan, termasuk perkara asas dalam promosikan perniagaan di Facebook.

Ramai yang terlepas pandang, atau sengaja terlepas pandang pada perkara asas ini. Saya tak terkecuali. Memang selalu miss perkara-perkara asas ini.


Hakikatnya perkara asas ini sangat penting, kerana ia adalah foundation atau tapak untuk kita jadi lebih berjaya dan maju dalam perniagaan kita.

Kalau tapak kita tak kukuh, kita senang untuk jatuh satu hari nanti. Ada baiknya kita semak semula perkara asas ini dan buat lah apa yang patut untuk kuhkan lagi tapak perniagaan kita. Better late than never, kan?

1. Bina Facebook Page untuk perniagaan anda.


Kita sebenarnya dah melanggar peraturan Facebook kalau berniaga di profile page. Kalau kantoi, pihak mereka berhak untuk mengantung, atau lebih teruk lagi, menutup akaun kita. Rugi lah kalau akaun  yang dah ada beribu-ribu followers dan data pelanggan kita di tutup oleh facebook!

Kalau nak berniaga, Facebook suruh kita bukak Facebook Page yang khas untuk berniaga. Ada baiknya kita ikut saja peraturan mereka. Lagipon banyak kelebihan kalau kita berniaga menggunakan page berbanding profile.

2. Tulis dengan ringkas tapi padat dan tepat mengenai maklumat perniagaan Facebook Page anda.


Kalau tak tulis macam mana bakal pelanggan kita nak tau. Betul tak? Kadang-kadang ada yang baca iklan yang kita buat, tapi masih tercari-cari maklumat tambahan tentang perniagaan kita seperti alamat dan waktu operasi perniagaan.

Cara ni jugak dapat tingkatkan kredibiliti dan kepercayaan bakal pelanggan kepada kita. Nampak macam ahli perniagaan professional gitu. Barulah senang hati diorang nak berurusan dengan kita.

3. Banyakkan berkongsi sebelum menjual.




Dah kalau status update Facebook Page kerap sangat menjual, ini boleh mendatangkan perasaan meluat dan menyampah oleh audience kita. Formula yang boleh dipakai adalah dengan setiap 5 kali post bentuk perkongsian, baru masukkan 1 post berbentuk jualan. Lagipon lebih banyak kita memberi, insyaAllah berkali-kali ganda  akan kita terima. Percayalah.

4. Post iklan pada masa yang sesuai.


Ini lah salah satu kelebihan Facebook Page. Kita boleh masuk kebahagian Insight untuk mengkaji bila masa yang terbaik untuk post iklan kita. Pilih waktu yang paling ramai orang online, dan untuk memudahkan kerja, kita boleh setkan arahan untuk Facebook post secara automatik iklan kita tu.

Kita cuma kena sediakan iklan awal-awal dan setkan tarikh & masa untuk dipostkan. Memang terbaik. Tak payah nak tunggu depan computer semata-mata nak tunggu waktu terbaik untuk pos iklan kita.

5. Berinteraksi dengan audience anda.


Kalau ada audience yang tinggalkan komen pada post atau di wall page anda, luangkan sedikit masa untuk balas komen tersebut walaupon komen diorang tu bukan untuk membeli.  Ini dapat meningkatkan reputasi dan mengambarkan yang anda bukanlah seorang yang sombong.

Kalau anda tak sempat kerana sibuk, plan untuk luangkan masa sejam sehari selama 1-2 hari setiap minggu, khas untuk berinteraksi dengan aundience page anda. Kalau tak dapat nak cover semua, sekurang-kurangnya anda tak mengabaikan audience anda 100%. Buatlah mana yang termampu ye.

Jadi, anda dah tau 5 perkara asas dalam pemasaran Facebook. Walaupon cuma asas dan Nampak remeh bagi sesetengah orang, perkara ini sangat penting dalam menguatkan tapak perniagaan anda. Selamat mencuba!
Read more ...